Skip to main content

Posts

Featured

penulisan refleksi GKK1043 Kesihatan Diri Dan Kecergasan

                                                  Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaaan (SEGAK) merupakan suatu ujian kecergasan yang dijalankan oleh murid sekolah bagi mengukur tahap kecergasan pelajar berdasarkan kesihatan. SEGAK dijalankan bagi memastikan pelajar berketerampilan SEGAK dan mempunyai tahap kesihatan yang baik.                                        Pada tarikh 2 Julai 2019 dan 10 September 2019, Pelajar PPISMP IPGKDI telah menjalani ujian sebelum dan selepas SEGAK. Semasa ujian tersebut, kami diuji dari pelbagai aspek. Pertamanya, Body Mass Index  ( BMI) diuji. Pada ujian sebelum, ukuran tinggi dan purata berat saya ialah 166 cm dan 54.2 kg. untuk ujian selepas, purata berta saya meningkat dari 54.2 kg ke 56.4 kg manakala ukuran tinggi saya kekal sama. Ini kerana pada ujian sebelum, saya kurang selera makan kerana cuba mengadaptasikan diri di persekitaran baru manakala peningkatan tersebut menunjukkan badan saya kembali ke berat ideal sebelum ini.          

Latest Posts