penulisan refleksi GKK1043 Kesihatan Diri Dan Kecergasan

Image result for piramid aktiviti kecergasan
                                   
              Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaaan (SEGAK) merupakan suatu ujian kecergasan yang dijalankan oleh murid sekolah bagi mengukur tahap kecergasan pelajar berdasarkan kesihatan. SEGAK dijalankan bagi memastikan pelajar berketerampilan SEGAK dan mempunyai tahap kesihatan yang baik.

                                       Pada tarikh 2 Julai 2019 dan 10 September 2019, Pelajar PPISMP IPGKDI
telah menjalani ujian sebelum dan selepas SEGAK. Semasa ujian tersebut, kami diuji dari pelbagai aspek. Pertamanya, Body Mass Index ( BMI) diuji. Pada ujian sebelum, ukuran tinggi dan purata berat saya ialah 166 cm dan 54.2 kg. untuk ujian selepas, purata berta saya meningkat dari 54.2 kg ke 56.4 kg manakala ukuran tinggi saya kekal sama. Ini kerana pada ujian sebelum, saya kurang selera makan kerana cuba mengadaptasikan diri di persekitaran baru manakala peningkatan tersebut menunjukkan badan saya kembali ke berat ideal sebelum ini.

                             ujian kadar nadi pula berlaku penurunan yang mana pada sebelum ini kadar nadi saya ialah 113 dan untuk ujian selepas ialah 109. Hal ini mungkin terjadi kerana aktiviti harian seperti berjalan dan menaiki tangga untuk ke bilik dan dewan kuliah meningkatkan daya tahan kerdiovaskular saya.

                             Bagi ujian tekan tubi, berlaku penurunan yang mana pada ujian sebelum , saya dapat melakukannya sebanyak 44 kali manakala bagi ujian selepas saya hanya berjaya melakukan sebanyak 36 kali. Hal ini mungkin berlaku disebabkan oleh peningkatan jisim badan menyebabkan otot bicep dan tricep saya belum lagi mampu menampung jisim badan sebagaimana sebelum ini.

                              Untuk ujian ringkuk tubi separa, saya berjaya mendapat markah penuh untuk ujian sebelum dan selepas iaitu 25. Ini mungkin disebabkan oleh rutin latiahn harian yang mana saya menumpukan kekuatan otot teras seperti rinkuk tubi separa berbagai gaya dan plank.

                              Ujian terakhir SEGAK ialah ujian jangkauan melunjur bagi mengukur kelenturan. Bagi ujian ini, sebelum dan selepas saya memperoleh 40 cm dan 42 cm. Berlaku peningkatan kerana latihan kelenturan yang saya cuba terapkan untuk setiap minggu.

                            Bagi ujian Bleep, sebelum dan selepas berlaku penuruna drastik dari tahap 7 ulangan 5 ke tahap 6 ulangan 5. Hal ini terjadi kerana semasa melakukan ujian selepas, saya mengalami kekejangan otot kaki  dan perkara ini memaksa saya untuk berhenti lebih awal kerana kesakitan tersebut.
                              Kesimpulannya, ujian SEGAK dapat membantu pelajar mengetahui tahap kecergasan mereka. Bagi saya , sayay

 dapat melihat tahap saya sendiri dan dapat menyediakan set latihan yang bersesuai  bagi meningkatkan semula tahap kecergasan saya.


                                                                SUMBER RUJUKAN

https://

 Dr. Tee E Siong (28 Jun 2016). Memupuk Kesejahteraan Keluarga: Pemakanan Sihat dan Kecergasan - Kunci Kesihatan Keluarga. pp:7-8
Sumber Online: My Positive Parenting

Pendidkan2U,(Aug 21, 2018), :Standart Kecergasan Fizikal Kebangsaan(SEGAK),RERIEVED FROM
https://www.ukessays.com/essays/english-literature/critical-analysis-of-a-worn-path-english-literature-essay.php

Comments

Popular Posts